Advertisement
Featured Post
Posted by admin on Jul-24-2008

Fuh.. penat gilos. Seminggu dua ni aku betul-betul sibuk dengan projek yang baru nak jalan. Bayangkan dah kerja nak dekat setahun, baru projek nak jalan. Buat apa ja masa setahun tu? Hehehehe. Mengadap PC sambil buat-buat sibuk depan bos. Kehkehkeh. Tapi puas hatilah sebab banyak belajar. Selama ni duk mengadap manual dan duk attend meeting tapi tak faham apa-apa. So bila dah ada projek ni, barulah nampak gambaran sebenar perihal perkerjaan aku ni. Hahahaha. Gila buang masa betul aku ni. Nak buat macam mana. Kang kata aku pandai-pandai pulak kan. (Alasan malas nak buat kerja :p). Kalau ikut nama jawatan aku tu macam gempak la. Assistant Manager, Host Infrastructure Services. Peghh…mantap bunyi. Tapi skop kerja lebih kepada System Administrator. Nama ja Assistant Manager tapi still jadi ‘kuli’ gak (kasar sangat ke bunyinya?). Aku perlu monitor server-server kat tempat kerja aku ni. Aku more on HP-UX punya server. So basic command Unix memang kena tahula. Nak ikutkan memang tak kena mengena langsung masa belajar kat U dulu. Tapi nasib baiklah ada diorang hantar pergi training. Tak lah aku terkedek-kedek selak buku. Hehehehe. Kebanyakkan kat tempat aku lulusan IT. Engineering aku tak sure pulak. Memang banyak benda aku nak kena belajar lagi. Kena belajar pasal networking, storage, database dan semua-semua la yang bebudak IT kena belajar. Electrical pun ada jugak. Tapi tak banyaklah nak implement. Apa yang aku boleh cakap buat masa sekarang, memang aku enjoylah dengan kerja aku ni. Tak tahulah kot-kot lepas ni dah bosan ke kan. Cukuplah takat ni aku merapu. Sembang lain kali (^_^)
Jul
24
Posted by admin under
Coretan,
Featured

Fuh.. penat gilos. Seminggu dua ni aku betul-betul sibuk dengan projek yang baru nak jalan. Bayangkan dah kerja nak dekat setahun, baru projek nak jalan. Buat apa ja masa setahun tu? Hehehehe. Mengadap PC sambil buat-buat sibuk depan bos. Kehkehkeh. Tapi puas hatilah sebab banyak belajar. Selama ni duk mengadap manual dan duk attend meeting tapi tak faham apa-apa. So bila dah ada projek ni, barulah nampak gambaran sebenar perihal perkerjaan aku ni. Hahahaha. Gila buang masa betul aku ni. Nak buat macam mana. Kang kata aku pandai-pandai pulak kan. (Alasan malas nak buat kerja :p). Kalau ikut nama jawatan aku tu macam gempak la. Assistant Manager, Host Infrastructure Services. Peghh…mantap bunyi. Tapi skop kerja lebih kepada System Administrator. Nama ja Assistant Manager tapi still jadi ‘kuli’ gak (kasar sangat ke bunyinya?). Aku perlu monitor server-server kat tempat kerja aku ni. Aku more on HP-UX punya server. So basic command Unix memang kena tahula. Nak ikutkan memang tak kena mengena langsung masa belajar kat U dulu. Tapi nasib baiklah ada diorang hantar pergi training. Tak lah aku terkedek-kedek selak buku. Hehehehe. Kebanyakkan kat tempat aku lulusan IT. Engineering aku tak sure pulak. Memang banyak benda aku nak kena belajar lagi. Kena belajar pasal networking, storage, database dan semua-semua la yang bebudak IT kena belajar. Electrical pun ada jugak. Tapi tak banyaklah nak implement. Apa yang aku boleh cakap buat masa sekarang, memang aku enjoylah dengan kerja aku ni. Tak tahulah kot-kot lepas ni dah bosan ke kan. Cukuplah takat ni aku merapu. Sembang lain kali (^_^)
Jul
16
Posted by admin under
Catatan,
Featured

More entries in Sudoku round 4
KUALA LUMPUR: Six New Straits Times readers were RM1,000 richer when they emerged winners of the NST Sudoku Challenge 2008 Round 4, which ran from June 7 to 28.
They were picked out of 3,447 entries in a lucky draw at Balai Berita yesterday.
NST brand manager Leslie N. Jebaretnam said the round received the most number of entries compared with previous rounds.
He said this showed that people were now eager to participate in the tournament.
The Sudoku Challenge, published every Saturday in the Six NST pullout, has five monthly rounds from March to July.
Six winners are picked in each round.
The winners of Round 4 are: Nur Fatimah Saiful Ahmad (NRIC No: 841016-14-5914), Siti Zaharah Maariff (NRIC No: 780604-14-5324), Patricia Cheah Gim See (NRIC No: 600907-05-5368), Che Suhaimi Mohd Saad (NRIC No: 631008-07-6079), Low Kum Fatt (NRIC No: 470608-10-5481) and Christopher Sithambaram (NRIC No: 701119-08-6449).
A live tournament will be held at Sunway Carnival Mall in Seberang Jaya, Penang, on July 26 and 27, in four categories.
Participation will be limited to the first 70 entrants for each category.
Hehehe. Bangganya aku hari ni. Kalau korang ada baca New Straits Times hari ini, ada diumumkan nama pemenang bagi pertandingan Sudoku Round 4. Paling best antara pemenang yang bertuah ialah wife aku! Nur Fatimah Binti Saiful Ahmad (^_^) Pagi tadi masa tengah baca paper, aku terpandanglah berita pasal pengumuman mengenai Sudoku Round 4 ni. Aku melawak la dengan wife aku,’ Eh nama sayang adalah kat komputer minah ni’. Kebetulan kat atas berita tu ada gambar pekerja NST tengah mengadap komputer memilih nama pemenang. Lepas tu wife aku menjerit,’ Eh, nama ayang adalah’. Aku ingat dia melawak. Tengok-tengok memang betul. Alhamdulillah. Rezeki Allah nak beri. Dahla bulan ni wife aku gaji dia kena hold dulu sebab masalah pemprosesan dokumen. Seronok betul dia. Hehehe. But she deserves it. Wife aku ni memang giler dengan Sudoku. Masa ada Tour kat Times Square bulan lepas, kitaorang pegi. Ingat nak masukla. Tulis kat paper registration pukul 1.30ptg. Tapi sampai-sampai ja, orang dah beratur panjang gile. Nak ambik 70 orang ja. Orang yang beratur adalah dalam 100 orang. Sedih gak lah. Sebab memang dia beria-ria nak masuk masa tu. Alhamdulillah rezeki dia kat sini
For my beloved wife, congratz once again. Muuaahs, love you sove much.
Jul
08
Posted by admin under
Catatan,
Featured
Oleh Wan Faizal Ismayatim dan Betty Subaryati
bhnews@bharian.com.my
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan menjadikan wajib solat lima waktu dan Jumaat sebagai syarat kenaikan pangkat dan pengambilan baru kakitangan awam serta pemilihan calon wakil rakyat dan jawatan politik lain termasuk penghulu.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata peraturan itu sama seperti pelaksanaan syarat mesti lulus Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dalam pengambilan kakitangan kerajaan ketika ini.
“Saya akan kemukakan kepada kerajaan nanti bahawa yang tak sembahyang lima waktu dan tidak menunaikan solat Jumaat, tak boleh pegang jawatan dalam kerajaan negeri bermula dari penghulu, penggawa dan wakil rakyat.
“Kita akan tapis orang ini… sembahyang atau tidak, lebih-lebih lagi sembahyang Jumaat,” katanya kepada pemberita ketika sesi rehat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim di sini, semalam.
Nik Abdul Aziz berkata, peraturan itu bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan penjawat awam supaya sentiasa mengingati Allah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Baca keseluruhan artikel… »
Jul
08
Posted by admin under
Coretan,
Featured
Hari ni badan rasa nak demam. Wife aku dah demam dah. Mula-mula tu tak rasa sangat. Cuma sakit tekak. Yang bestnya dua-dua orang pulak tu sakit tekak serentak. Hehehehe. Masa pegi jumpa doktor semalam, aku just bagitau yang aku sakit tekak ja. Tak sangka pulak bangun pagi ni hidung dah berair dan badan dah lemah-lemah. Nak ambik MC hari ni tapi ada meeting pulak. Tengoklah satgi. Kalau tak tahan gak, aku gi klinik mintak MC. Huhuhu~
Jul
01
Posted by admin under
Catatan,
Featured

Apa nak jadi dengan negara aku sekarang ni? Setiap hari ada ja berita yang tak sedap telinga mendengar dan tak sedap mata memandang keluar di dada akhbar dan kaca televisyen. Kes pembunuhan, rompakan, penculikkan dan jenayah-jenayah lain tak pernah surut daripada menjadi bahan berita. Dulu rasanya cukup payah nak dengar semua perkara tu. Sekarang ni boleh dikatakan tiap-tiap hari dengar kes sebegitu. Tak cukup dengan masalah jenayah yang semakin lama semakin meningkat, isu politik negara pulak timbul. Isu rasuah dan kronisme di kalangan pemimpin negara hangat diperkatakan. Tak kurang juga isu salah laku pemimpin-pemimpin negara. Tambah perit apabila dikaitkan dengan pemimpin nombor satu dan nombor dua negara. Rakyat dah makin muak dan jelik. Isu ekonomi, harga minyak dan harga barangan yang membebankan rakyat senyap macam tu je. Rakyat yang makin merana. Bila agaknya negara aku ni nak kembali aman dan makmur seperti dulu? Walaupun masa tu aku kecil lagi dan tak mungkin faham apa yang berlaku, sekurang-kurangnya masa tu aku bebas keluar bermain di tali air di kampung sebelah taman perumahanku, menangkap ikan haruan dengan kawan-kawan tanpa ibu bapaku risau aku akan diculik. Beli ais kacang dan makan laksa dekat kedai Pak Hassan selepas balik waktu sekolah dengan wang saku hanya 50sen tanpa risau wang yang dibawa tidak mencukupi. Aku rindu betul suasana dulu. Mungkin semuanya hasil kepimpinan yang dibawa oleh pemimpin terdahulu (dengan izin Allah). Walaupun ada perkara yang tak betul yang dilakukannya, sekurang-kurangnya rakyat tak pernah rasa terbeban sebegini teruk. Alangkah baiknya kalau dia terus memimpin negara kita. Tun, I really miss your leadership.
Jun
30
Posted by admin under
Catatan,
Featured

Korang rasa korang tergolong dalam Computer Addict tak? Hehehe..aku rasa aku tergolong la. But still dalam keadaan terkawal (Rasa-rasanya la :p). Rasanya macam susah tak ada komputer ni. Lebih-lebih lagi kerja macam aku ni yang memang kena menggunakan komputer secara optimum. Kadang-kadang wife aku marah sebab weekend pun still nak mengadap komputer. Hehehehe. Nak buat macam mana kan? Yela.. sekarang ni paper baca online, bayar bil pa semua bayar online dan beli tiket wayang pun beli online. Bila nak online, nak tak nak kenalah bukak komputer kan? (^_^) Macam mana agaknya kalau takde komputer kan?
Jun
16
Posted by admin under
Featured,
Perancangan Kewangan

Bila harga minyak naik, secara tak langsung harga barangan keperluan seharian kita juga akan naik. Sudah tentu kadar inflasi negara pun akan turut naik. Ramai orang bercakap pasal inflasi. Tapi kita tak tahu tak apa itu inflasi? Penjelasan mudah yang aku dapat share kat sini sebagai contoh ialah dengan membeli secawan kopi sekarang berbanding tahun 1970-an dahulu. Kalau sekarang dengan harga RM1 kita hanya dapat setengah cawan kopi. Tapi pada tahun 1970-an dulu, dengan harga RM1, kita boleh dapat sehingga 4 cawan kopi. Sebab apa berlakunya sebegitu? Inflasi! Dulu ingat lagi siap ada kempen kat TV, ‘Inflasi Sifar Sasaran Kita’. Dulu siapa yang gaji RM2000 kira kayalah. Sekarang gaji RM2000 masih dikira sebagai miskin. Inilah realiti yang terpaksa kita telan. Dengan kadar inflasi 4%, nilai RM100,000 pada masa sekarang hanya bernilai RM67,566 untuk 10 tahun akan datang! Tambah perit apabila surat khabar Utusan dengan tajuk ‘Miskin Selepas Pencen’ pada 18 Oktober 2007 melaporkan purata simpanan seorang pencarum KWSP yang mencapai usia 55 tahun cuma RM114,000. Dengan simpanan sebanyak itu, seseorang pencarum KWSP yang bersara hanya mampu membelanjakan RM475 sebulan bagi membolehkannya menampung kehidupan sehingga berumur 75 tahun! Cuba bayangkan apalah yang boleh dibeli dengan hanya RM475 sebulan. Pendapatan orang yang dikategorikan miskin di Semenanjung kini ditetapkan RM530 sebulan. Jadi kita akan jadi miskin bila bersara nanti! Kalau anak-anak kita anak yang soleh solehah dan mampu nak tolong kita, mungkin perkara sebegini tak menjadi beban. Tapi masa tu anak-anak kita pun dah ada tanggungjawab terhadap keluarga sendiri. Tak kan kita nak membebankan mereka pulak kan? Fikir-fikirkan…
Jun
15
Posted by admin under
Catatan,
Featured

Korang pernah ada orang dengki? Aku? Tak tahulah tapi kalau ada pun aku tak kisah. Sebab selagi tak kacau keluarga aku, maruah aku dan agama aku, aku rasa tak menjadi masalah diorang nak dengki pun. Sebab tak dapat apa pun kalau aku nak dengki balik dengan diorang. Dapat dosalah adalah. Aku kadang kala heran bila ada segelintir manusia yang di muka bumi nak dengki mendengki sebab perkara yang entah apa-apa. Kalau dengki secara positif tu okeylah kan. Ada ke dengki positif? Ada sapa cakap takde. Sebagai contoh kawan korang dapat 4.00 flat masa belajar. Memang patutla korang dengki sebab dia bagus dari korang. So tindakan korang ialah study lebih rajin dengan niat nak capai seperti mana dia dapat dan bukannya dengan jampi seramah kawan tu semoga dia failed dalam next exam. Even worse, buat cerita yang negatif pasal member korang tu bagi orang lain menyampah. Baca keseluruhan artikel… »
Jun
13
Posted by admin under
Catatan,
Featured
Setelah difikir-fikir semasak-masaknya aku ingat aku nak convert kereta Myvi aku pada NGV la. Harga yang paling murah aku jumpa ialah RM6500. Agak mahal la. Tapi bila dikira-kira Return On Investment (ROI) memang aku dah banyak save la kalau berterusan pakai petrol. NGV ni banyak jenis. Ada jenis mixer dan jenis sequential. Untuk kereta aku hanya sesuai dengan sequential. Apa yang aku faham, mixer ni kebanyakkan teksi-teksi dan kereta-kereta lama yang pakai. Tong pun ada banyak jenis dan banyak kapisiti. Kalau yang ringan, jenis semifibre la. Kapisiti dia ada yang 40L, 50L, 60L, 70L dan lain-lain (kalau tak salah). Baca keseluruhan artikel… »
Jun
05
Posted by admin under
Catatan,
Featured
Pagi ni aku bangun dengan perasaan bengang sesangat. Sampai ja tempat kursus, aku terus bukak website Utusan Malaysia. Hampeh.. elektrik pun akan naik jugak! Adoila… But satu komen yang agak bernas aku jumpa dari website Tun Dr Mahathir untuk kita fikirkan sama-sama:
Tun,
My salary is RM2,500.00 per month. Can you suggest how can I survive living in Kuala Lumpur with this figure with the increasing of oil and subsequently the food price.
Our GDP (Per capita) rank is now #56 (http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_GDP_%28PPP%29_per_capita) compare to South Korea, #35 where Malaysia used to be at par with back in 1970.
To be frank, I’m thinking of migrating to other country where the purchasing power parity (PPP) is high.
I’m sad whenever the retail gas price increase, the government still quote the gas price in Malaysia still among the cheapest compared to the rest of world. Oh c’mon.. don’t kidding the citizens by the direct conversion figure.
Here are my thougt,
Current lowest gas price in US:
USD3.763 per gallon (1 gallon = 3.7856 liter) or approximately 1USD per liter. source: http://www.gasbuddy.com/
Current lowest gas price in Malaysia:
RM2.70 per liter (or USD0.84 at rate 1USD = RM3.20)
Average per capita in US: (http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_GDP_%28PPP%29_per_capita)
USD3820 per month
Average per capita in Malaysia:
(http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_GDP_%28PPP%29_per_capita)
USD1110 per month
With this figure, giving the price oil is almost the same, USD1 in US and USD0.84 in Malaysia, with the average per capita (for each head) still 3 fold compare to US. So, how the government still use the same tagline “our petrol price is still the cheapest” whenever the oil price increase when our per capita (or the salary) is among the lowest compare to the rest of the world.